Persatuan Bomba Sukarela Kembara Skuad 4X4 Kelantan ( Fire And Resque Squad 4X4 Adventure Team ) telah di daftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan No. pendaftaranya 1422-09-KEL pada 08 Julai 2009 bersama kekuatan pegawai seramai 21 anggota dengan kepakaran dan keria tugas profesional masing-masing seperti beberapa, orang adalah terdiri dari kontraktor, pakar komunikasi ,maknik,guru,pesara tentera,polis dan lain-lain,yang mendorong minat pasukan ini untuk berkhidmat secara sukarela apabila berlakunya satu-satu insident atau bencana.
Pada awal penubuhan komitmen padu dan giat maju kehadapan ahli pasukan telah bersetuju mengeluarkan wang saku masing-masing bagi menseragamkan pakaian @ uniform . Semangat juang pasukan ini telah memberi semangat kepada para jurulatih serta pegawai dan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Chepa.
Memandangkan anggota pasukan ini terdiri dari kalangan profesional dalam tugas masing-masing, Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan Balai Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Chepa Khasnya merupakan Jabatan bertuah kerana dapat menarik minat golongan ini menceburi pasukan bantuan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.
Kepakaran pasukan ini sudah tentulah yang utamanya berkaitan dengan pemanduan 4 X 4 dihutan dan alat komunikasi @ Radio Amatur, selain dari itu banyak lagi dikalangan ahli mempunyai bidang tugas masing-masing yang dapat membantu Jabatan menangani satu-satu insiden.
Bagi merealisasikan arah tuju pasukan Bomba Sukarela 4 X 4 Adventure Team. Pada 20 Julai 2009 yang lalu mesyurat kali pertama telah diadakan di Pusat Sumbar Pendidikan Negeri yang telah dihadiri oleh kesemua ahli dan dua orang pegawai Latihan Balai Bomba Dan Penyelamat Penkalan Chepa turut dijemput.
Hasil perbincangan susulan Pengerusi Bomba Sukarela 4 X 4 bersama YS Ketua Balai Pengkalan Chepa telah bersetuju dan berjaya menganjurkan dengan cemerlang kursus Asas Bomba Sukarela 4 X 4 yang bermula pada 30 Julai 2009 hingga 01 Ogos 2009 yang lalu
.